DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
2006-07-24
Wanita Acuan AlQuran

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Wanita Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Wanita Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan
Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai MusuhYang Bersifat Jembalang Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Wanita Yang Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Membantu SuamiMendalami Agama Islam
Yang Auratnya Dikhaskan Buat Suami Tercinta Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya
Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk AgamanyaYang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Serta Wanita Sufi Yg Digariskan Dalam Kalamullah Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran
Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari KemudianBersama Lelaki Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Wanita Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Lelaki Acuan Al-Quran
Ganjaran ALLAH SWT.
posted by eja hasniza @ 7/24/2006 03:02:00 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent