DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
2006-07-24
Wanita Solehah : Penyeri Taman
Syurga

Wanita ibarat bunga...
cantik
indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi
pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana
akhlaq itu umpama bunga diri...
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq
buruk...
tiada guna juga berwajah cantik
tetapi hati kosong dari
ilmu...

Ibarat bunga...
ada yang cantik bila dipandang tetapi
busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan
baunya juga kurang
menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik
pada pandangan mata
kasar...
tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
ternyata amat tinggi
nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan
keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah
telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si
jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita
solehah. Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang
berhemah..
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan
menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan
penuh kasih sayang...
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi
hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak
membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki
melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman Allah dalam surah
an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang
soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling
berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
posted by eja hasniza @ 7/24/2006 03:10:00 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent