DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
INSPIRASI GADIS BERAKHLAK
2006-08-28

Dalam situasi kegawatan sosial masyarakat kita pada hari ini. Seorang remaja wanita amat memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat. Untuk memasuki arus perdana pula, seorang gadis memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kukuh serta daya pemikiran yang tajam dan kreatif. Pertahanan dalaman yang dimaksudkan ialah IMAN.

IMAN menjadikan seseorang itu berakhlak. Gadis yang yakin kepada azab Allah menanti bagi yang mendedah aurat pasti menjaga aurat dan maruahnya. Gadis yang beriman kepada balasan Syurga Allah menanti bagi yang taat pasti memperbaiki adabnya, memperelok pekertinya dan menjaga segala batas-batas yang Allah tetapkan.


Memang, menjaga akhlak dan adab sudah memadai bagi seseorang gadis. Namun, begitu seorang gadis yang berakhlak dan sentiasa mendepani dalam arus perdana masyarakat dipandang jauh lebih tinggi daripada mereka yang ketinggalan dan tidak mampu menongkah arus. Untuk memasuki arus perdana, seorang gadis mesti mempunyai kesedaran akan peranannya dalam melakukan reformasi terhadap masyarakat disamping terbekal dengan ilmu dan pengetahuan yang mencakupi semua aspek serta mempunyai pemikiran yang tajam dan kreatif bahkan memahami kehendak dan keperluan masyarakat.


Gadis berakhlak, agresif, kreatif, serta mempunyai kesedaran yang tinggi adalah gadis yang diidam-idamkan. Dialah gadis yang menjadi idaman masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Fityan Al-Fatih
posted by Faizul Afzan @ 8/28/2006 12:30:00 am  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent