DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
Puisi:Medan Menyampai dan Menyedarkan
2006-08-27
assalamualaikum....

salam keindahan..salam kesedaran...

25 ogos 06, saya telah menghadirkan diri ke Malam Puisi Alam, hajat yang telah lama bersarang dihati untuk melihat sendiri pendeklamasi mendeklamasikan puisi, tercapai akhirnya..terdetik dihati tentang pendekatan yang digunakan melalui program ini, betapa kreatif kaedah yang digunakan untuk menyedarkan masyarakat sehinggakan puisi menjadi medium masej disampaikan. Sekarang, dimanakan tahap kesedaran kita terhadap alam ini? saya termenung sendiri dan berfikir..apakah aku antara pemusnahnya? apa yang aku perjuangkan selama ini? menyampaikan risalah da'awah tapi apakah aku peduli kepada saksi yang maha luas? memerhati setiap gerak geri namun kelu dalam bisu..bila difikirkan lagi..Dengan Alam inilah membawa manusia mengenal penciptanya..

"Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan mahklukNya yang lain" (Ar-Rahmaan:10)

Ya Allah betapa besar nikmatMu kepada hambaMu..

"Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak mayang, demikian juga terdapat biji-bijian jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bunagan yang harum. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat yang Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan(wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahman: 11-13)

Jelas dan nyata peringatan buat hambaNya..Semua mahklukNya berhak memulihara anugerah yang tak ternilai harganya..Apatah lagi kita sebagai khalifah di bumi yang memegang amanah Maha Pencipta untuk menjaga supaya generasi mendatang berhak merasai kebesaranNya...Renungilah...

Apa yang dapat saya katakan, bahawa kepuasan terasa..dapat mengenali ahli pencinta seni ini..tidak ketinggalan pada malam ini Pn. Nisah Haron, seorang peguam dan penulis yang aktif menyumbangkan tenaga dalam memartabatkan Bahasa Ibunda. Beliau telah memberikan nazam dan gurindamnya kepada saya..hasil karya yang terkesan dihati saya dan agak sinis dalam menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya alam. di bawah ini saya akan tampilkan hasil Karya Pn. Nisah Hj Haron sempena Malam Puisi Alam.
posted by eja hasniza @ 8/27/2006 09:48:00 am  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent