DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
INILAH SRIKANDI MASA DEPAN (Tahun 2020)
2006-09-03
Luangkan masa untuk anda mengenalinya...

NAMA : SITI AISYAH BINTI ABU MUSLIM
UMUR : 19 TAHUN
ASAL : KOTA BHARU
STATUS : PELAJAR PENGURUSAN PERNIAGAAN
CITA-CITA : USAHAWAN ANTARABANGSA

Aisyah ialah seorang gadis berwawasan. Gadis ayu yang menjadi idola di akademi pengajiannya. Mempunyai perawakan yang menarik. Diserikan lagi pakaian jubah dan tudung litup serta pakaian akhlaknya yang mulia. Akalnya tajam dan mudah memahami. Beliau juga mempunyai kejenihan wajah yang menenangkan setiap yang memandangnya.

Pendek kata , dia adalah seorang gadis yang telah di didik dengan sifat malu untuk melakukan perkara yang tidak baik, besederhana dalam kehidupan, menghargai diri sendiri, ikhlas dalam perbuatan dan bijak bergaul. Dia ibarat kuntuman mawar yang mekar dan mengharumkan suasana, namun tetap terjaga dan terpelihara. Dialah yang menjadi corak reformasi rakan-rakan sebayanya samada di sudut pemakaian, akhlak, akademik dan lain-lain.

Di rumah dia menjadi kebanggaan keluarga. Dialah anak yang taat , seorang kakak yang mampu menjadi ikutan(qudwah) kepada adik-adiknya serta kebanggan abang dan kakaknya. Dia sedar bahawa dia perlu menjaga nama baik dan maruah keluarga bila berada di luar rumah kerana dia tahu "Seribu wanita melangkah,pasti lahir seribu fitnah".

Aisyah juga adalah gadis yang disayangi masyarakat sekelilingnya. Gerak geri, pertuturan dan pergaulan menjadi model dan ikutan kepada masyarakat sekeliling. Dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana masyarakat . Apatah lagi dia adalah gadis yang berpendidikan dan terpelajar, dia selalu membimbing masyarakat melalui pelbagai aktiviti seperti berdiskusi, persatuan dan sebagainya.

Aisyah sedar, bahawa tanggungjawab pada hari depan terlalu besar. Kalaupun tidak menjadi pemimpin masyarakat, boleh jadi dia mungkin seorang ibu kepada seorang Presiden Negara, atau isteri seorang perdana menteri pada masa akan datang jika ditakdirkan itu tanggungjawabnya. Jadi dia mempunyai wawasan yang jelas untuk masa depannya, jadi dia telah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

Ada banyak lagi yang nak diperkatakan tentang Aisyah, dialah contoh gadis cemerlang yang menjadi idaman lelaki beriman serta berpotensi besar untuk pengubahan minda dan konsep masyarakat terhadap sesuatu perkara. Personalitinya umpama memegang sebatang pena hikmat yang cukup berkuasa. Hujung pena itu bisa mencoret apa sahaja impian untuk direalitikan. Yang pasti, dialah model remaja muslimah masa depan yang bakal menggoncang dunia serta menjadi tonggak kebangkitan semula Islam di akhir zaman.

Fityan Al-Fatih
http://faizulafzan.blogspot.com
posted by Faizul Afzan @ 9/03/2006 09:43:00 pm  
1 Comments:
  • At 4:06 pm, Blogger kasmanpost said…

    masya Allah..

    allahumma shalli ala muhammad
    wa ala alihi muhammad..

    jangan lupa memuji Allah dan mengirimkan shalawat kepada rasulullah apabila engkau mendapati seorang wanita shalehah...

    kasman

     
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent