DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
SAHABAT
2006-09-28
Salam sahabat..

Hidup di dunia memerlukan sahabat, sahabat yg akan membawa kita ke syurga…dengan ikatan tali Allah, persahabatan akan membawa kita mendekatkan padaNYA…

Peluang untuk bersahabat adalah satu nikmat yang tak dapat ditukar ganti…masa bersamanya adalah manfaat..mengenalinya, memahaminya, menerimanya adalah satu rahmat..dari itu carilah sahabat sejati..

‘Jika engkau bersahabat dengan pembentuk besi nescaya engkau akan terkena percikan apinya, tapi jika engkau bersahabat dengan penjual minyak wangi, akan kau dapat wangiannya”.,.

Tanpa sahabat, tiada airmata, tiada kerisauan, tiada pengajaran, tiada keceriaan, tiada pengertian….
Sajak di bawah ini khas saya tujukan buat seorang sahbat yang teristimewa dan juga yang pernah bergelar sahabat dalam hidup ini…moga dirahmati..renung dan hayatilah..

SAHABAT

Lantaran ukhuwah kita bertemu
Merangkak menimba ilmu
Dan berlari mencari misi
Terkadang menyendiri memujuk hati
Mencari ihsan dari Ilahi
Untuk berkumpul tegakkan hakiki

Sahabat,
Di jalan ini kita menakung tangisan
Di jalan ini bergolak kedamaian
Di jalan ini bersepadu harapan
Di jalan ini terukir kegembiraan

Wahai sahabat,
Dirimu umpama fajar
Penyeri cahaya dalam kegelapan
Penabur semangat membina kesabaran
Pencetus ihsan dalam kekalutan
Penawar duka meniti bahagia

Aduhai sahabat,
Kita bersama merencana impian
Dalam melangsai pengharapan
Kita bersama merungkai permasalahan
Dengan juang berterusan
Kita bersama membina kekuatan
Dalam kental persahabatan

Sahabat,
Paterikan janji bersama
Istiqamah dengan jalan ini
Rasa syukur pada Yang Esa
Punya sahabat istimewa sepertimu
Moga bertemu lagi
Bersama kalungan mahkota Bidadari Syurgawi.

Eja_Alhuda
1 Ramadhan 1427H(11.03am)
posted by Anonymous @ 9/28/2006 02:10:00 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent