DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
.:: AL-WARAQAH AL-MARDHIYAH SEMPENA HARI LAHIR SEORANG SAHABAT ::.
2006-10-31

Desa Hani

9 Syawal 1427H

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh ……

Puji bagi Allah yang menjadikan ridha wad din itu jalan menuju sa’adah. Dan selawat serta salam atas Nabi-Nya dan Alinya dan ashab nya ahlil khair wal ihsan. Bahawasanya inilah shahifah al-mahabbah wa ada-u haqqit ta’aruf was shuhbah, daripada faqir ila ‘afwi rabbihir ridhwani, Siti Hawa diperhadapkan dengan taslimat yang faiqah.

Maka adalah dengan ini, Siti Hawa mempersembahkan warkah tak sebegini rupa buat tatapan sahabat yang seorang bernama Hasniza. Maaf dipohon kerna diri ini tidak pandai bermadah pujangga apatah lagi pantas berbicara. Hanya mampu menulis selembar al-waraqah al-mardhiyah ini.


SAHABAT,

Tak dapat dinyatakan peri dan hal kita dua tiga purnama sebelum ini, sibuk sungguh kita mengatur rencana buat adinda-adinda tercinta dalam harakah kita. Tambahan pula bila berpergiannya sahabat bersama seorang teman ke medan yang lebih besar cabarannya. Ibarat perginya pahlawan Salahuddin Al-Ayubi memperhebat agenda Islamiyyah ke serata pelusuk dunia. Hingga terlewat diri ini menuturkan Selamat Hari Lahir buatmu sahabat. Bukan terlupa atau sambil lewa, bukan jua sibuk mengumpul mata untuk dipersembah hadiah istimewa tapi untuk diizinkan berkelana mencari ilham mengarang warkah tak seberapa.

SAHABAT,

Tika diri ini melahu,

Kau melungguh rapat disisiku,

Meniupkan semangat memberi harapan,

Agar tidak tersungkur dalam perjalanan.

SAHABAT,

Hampir empat tahun kita bersama,

Ta’aruf, Tafahum dan Ta’awun ,

Berusaha kita hadami,

Untuk mengenal hati dan budi,

Dalam medan ini,

Kita bawa misi dakwah,

Kita perkasa semangat ukhuwah,

Kita bersatu dalam jemaah

Semuanya untuk mencapai redha Allah

Namun, hati ini pasrah,

Adakah kemanisan ini bisa dikecapi lagi,

Andai berjauhan terpisah jasad dari roh,

Bersemadi kekal di alam abadi,

Maka hanya doa kutitipkan,

Agar segala kegelisahan ini terubat,

Terima kasih sahabat,

Jasamu akan kuingati selalu,

Tiada intan permata ingin kujanjikan,

Tiada jua emas selautan kutawarkan,

Hanya keakraban silaturrahim mampu kuhadiahkan,

Buatmu Teman.

Selamat Hari Lahir Sahabatku Ad-Dunya Wal-Akhirah

Sehingga kali ini dahulu, biarlah diri mengundur memohon maaf. Didoakan sahabatku sentiasa dalam khair dan salamah. Salam mahabbah dari sahabatmu, jazilus salam.

Yang mendamba sa’adah,

najmulqalbi

AL-WARAQAH AL-MARDHIYAH = warkah yang muda-mudahan mendapat keredhaan

Desa Hani = kampung yang nyaman

ridha wad din = keredhaan dan agama

sa’adah = kebahagiaan

Alinya = ahli keluarganya

ashab = sahabat-sahabat

ahlil khair wal ihsan = orang yang baik-baik

shahifah al-mahabbah = lembaran surat yang dikasihi

wa ada-u haqqit ta’aruf was shuhbah = menunaikan tanggungjawab persaudaraan dan persahabatan

faqir ila ‘afwi rabbihir ridhwani = yang mengakui tiada empunya sesuatu mengharapkan kepada keampunan Allah yang memberikan keredhaan

taslimat = ucapan kesejahteraan

faiqah = yang tak tergambarkan

melahu = berjalan tanpa tujuan

melungguh = duduk

khair = kebaikan

salamah = keselamatan

posted by Anonymous @ 10/31/2006 02:22:00 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent