DEMI Masa
Sembang Bermanfaat
Rakan blog
 

 

Laman Penulis
Penulis mengalu-alu sebarang pendapat, pandangan,komen yang membina dari pembaca. Sebarang komen atau pandangan boleh diemailkan kepada hudani_at84@yahoo.com.Terima kasih.
Sudut ASMI
PUTERI Tangisanmu, Itu suara pertamamu, Bukaan lembayung kelopak matamu, Itu saat pertama kau menjengah buana ini. Puteri, Fitrahmu suci murni, Bak rentangan cindai putih, Sirna dari noda. Puteri, Juitamu, persis wardah di taman larangan, Harummu, persis kasturi di taman firdausi, Dirimu, sukar dimiliki bak kencana dewa kayangan, Kelembutanmu, bak dewangga paduka ratu. Puteri, Pandanglah! Pandanglah di sekelilingmu, Betapa hawa nafsu beraja di kalbu, Usah kau calari cindaimu itu, Usah kau terpesona dengan fatamorgana alam.
Laman Penulis
SELAMAT HARI LAHIR BUATMU..
2006-10-09

Salam…

Alhamdulillah..dengan rahmatNya dapatku melihat alam ini lagi, setelah 2 hari menginjak unur 22 tahun, rupanya banyak lagi kekurangan yang belum ditambah. Setiap tahun aku percaya pasti setiap manusia mempunyai impian dan azam saat menghadapi hari kelahiran seperti diriku. Ah!! Terlalu banyak yang kuinginkan didunia ini rupanya, namun aku pasti itulah yang bakal aku bekal untuk “hari lainku”. Tetapi pada tahun ini banyak kelainan yang aku rasakan, sehingga hampir terlupa untuk memikirkan tentang diri sendiri, hampir terlupa tentang azam dan impian yang telah disematkan. Aku terfikir adakah aku terlalu leka dalam kehidupanku sendiri? Adakah diri ini tidak perlu diwarnai? Sememangnya waktu remajaku tidak seperti rakan-rakanku yang lain. Bebas kemana sahaja, bebas tanpa perlu berfikir tentang lain-lain manusia, bebas untuk bersuka ria dan bebas menagtur langkah. Namun aku percaya ape yang aku lalui dan lakukan selama ini pasti ada hikmah dan mengharap redhaNYA..Ameen..

SELAMAT HARI LAHIR EJA..
MOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN OLEH ILLAHI…
posted by eja hasniza @ 10/09/2006 07:39:00 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TAARUF profil

Name: eja hasniza
Home: johor bahru, Malaysia
About Me: Tentang diri ini, bernama Hasniza Bt Atan, dilahirkan pada 7 Oktober 1984 di Paka, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Berketurunan Jawa campur Bugis dari sebelah bapa yang berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Paka sehingga tingkatan 3, seterusnya berpindah ke SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang dalam aliran Kejuruteraan Awam. Kemudian mengambil kursus Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai). Memilih bidang pendidikan Fizik/Matematik untuk mencapai impian sebagai seorang pendidik. 3 pesonaliti diri mengikut tarikh, bulan dan tahun dalam kajian Dr. Fadzilah Kamsah : seorang yang patuh, kemas dan bertindak sebagai seorang pemimpin.
See my complete profile
Artikel lalu
Arkib
Jaringan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 annisaalhuda Template by RAUDHAH invent